Penafian

http://buku-saku-aku.blogspot.com/ Terms And Conditions Of Use

All content provided on this "http://buku-saku-aku.blogspot.com/" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of http://buku-saku-aku.blogspot.com/ will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Ahad, 13 September 2015

Menangani Masalah Perbelanjaan Melebihi Pendapatan

Perbelanjaan lagi banyak dari pendapatan, masalah semua orang.

Ini masalah universal, masalah negara, masalah orang kaya, masalah orang tak berapa nak kaya. Pencetus idea saya menulis post ini ialah kerana seorang warga internet (bukan orang Malaysia) yang saya lupa namanya. Dia kongsi sesuatu kata-kata yang menyentap saya seketika. Kisahnya lebih kurang pasal hidupnya tiap bulan berhutang, negatif sahaja akaun banknya.

Saya pun tak percaya akaun bank boleh negatif, tak pernah saya tengok di Malaysia ni. Rasa tak logik. Tapi bila dah faham barulah oooo tu panjang datangnya. Bank dia menyedia sesuatu yang berbentuk micro credit facility, teroverspend boleh bayar bulan berikutnya.

Mereka punya pemahaman akaun bank pun bukan macam kita (at least bukan macam saya). Pada mereka akaun bank ada dua; iaitu checking account dan saving account. Gaji masuk dalam checking account, kalau nak menyimpan masuk dalam saving account. Macam tu lah pemahamannya. Kita  lain. Lazimnya akaun utama kita semua ialah saving account, kalau nak menyimpan, ASB ke ASNB ke.

Jadi checking account dia ni la yang selalu negatif. Ok, faham setakat ini?

Last week, I spent only on necessity, for the first time, I see black in my account.

Dalam kes ini gaji mamat ni ialah gaji mingguan. Red tu negatif (terhutang), black tu ada baki. Macam tu lah lebih kurang post dia, bukan blog post pun, dalam ruang komen je rasaya kalau tak silap (saya tak dapat cari balik di mana linknya). Tapi saya betul - betul tersentap dan rasa nak cuba buat apa yang dia buat. Cerita selebihnya dia tak elobrate pulak, cuma saya rasa saya boleh relate.

Bayangkan, satu bulan yang bila berhenti di stesen minyak tak beli air tin atau keropok. Surat khabar pun tak beli, apa lagi majalah atau buku. Sarapan pagi di rumah, masuk office tak pergi minum pagi. Lunch kat tempat yang tak de bintang, matahari je panas membahang. Itu pun ambil lauk sekadar boleh kenyang je. Air tembikai ke, carrot susu ke, memang tak order langsung. Minum air masak je. Minum petang dah awal - awal cakap no. Makan malam balik rumah jangan gatal nak singgah di McD.

Telefon pula tak top up, kecuali dah nak expired. Tak call sapa - sapa pun, data plan pun off mengharapkan wifi je. Keluar berjoli tengok wayang ke bowling ke memang dah out off topic.

Rokok tu jangan dibeli.

Minyak kereta atau motor memang tak luak sebab tak bergerak ke mana selain ke tempat kerja. Kalau boleh pakai public transport atau car pool lagi bagus. Setakat ke kedai runcit depan taman, berjalan kaki je.

Teruskan selama sebulan. Sanggup? Samalah kita, saya nak cuba sekali tapi belum sanggup/berjaya. Live frugally.

Kenapa saya teringin nak buat walau sekali?

OK. Kita sama - sama setuju kalau nak hidup macam di atas tu sepanjang masa perlu keazaman yang tinggi. Setengah orang akan cap kita sebagai tangkai jering. Apa daif sangat hidup macam tu. Kalau bujang tu tahan lagi la. Kalau dah berfamily tu kan sakit tu.

Tapi, kalau kita berjaya buat sebulan, kita akan nampak sebenarnya berapa banyak yang kita spend untuk benda bukan keperluan. Bezanya dia kena tahan seminggu kita kena tahan sebulan, besar bezanya tu. Tapi itu bukan isu, kita tengok hasilnya. Hasilnya yang kita nak bincangkan.

Ramai yang nasihatkan kita kurangkan sikit - sikit perbelanjaan perkara yang tidak perlu ni sedikit demi sedikit, jangan dipotong sekaligus. Betul ini nasihat yang bagus, perubahan mendadak ni bukan semuanya tahan lama. Cuma kita sekarang nak bincangkan effect perbuatan hidup ikat perut selama sebulan ni.

Bayangkan situasi ini; bulan satu gaji tak cukup, bulan dua sama, bulan tiga pun sama. Hujung bulan tiga seminggu lagi nak gaji dah hari-hari sebat Maggi. Masuk bulan keempat kita pun buat apa yang mamat tadi buat. Sehari sebelum gaji bulan lima masuk duit dalam bank masih ada baki RM500. Tak happy kita?

OK. Katakanlah bulan lima tu kita tak nak ikat perut dah. No problem. Tapi saya yakin kita akan lebih berhati - hati spend sebab kita dah merasa pegang duit lebih tanpa perlu tunggu gaji seterusnya masuk. Berbanding kalau kita kurangkan sikit - sikit, hasilnya belum juga nampak, silap hari bulan kita give up.

Kalau kita mampu buat, berapalah agaknya kita dapat jimatkan ye? Mungkin sebulan payah, seminggu tak mahu cuba? selang seminggu ke, sehari ke? Jom Try.

Ahad, 6 September 2015

Senarai 30/44 hari; menangani tabiat membeli ikut suka hati.

Membeli Ikut Hati

Ini bukan idea baharu, walau ramai yang belum tahu.Saya rasa ramai yang boleh faham dan pernah merasai sendiri perasaan ini. Bayangkanlah tanpa ada budget , atau peruntukan untuk membeli sesuatu, kita tetap membelinya. Suke atau tidak, duit telah keluar, barang yang kononnya kita hendak sangat itu, selepas seminggu dua, telah hilang minat kita terhadapnya.

Consumer regret.  Maksudnya pembelian yang disesali. Semua orang pernah merasai situasi ini. Terima atau tidak, hakikatnya inilah batu penghalang yang selalu menjadi rintangan kepada kita untuk mencapai status 'kaya'. Bagi anda yang berdisplin tinggi, mungkin ini bukan masalah besar, bagi kami orang biasa yang selalu tergelincir membeli atas gerak hati ini, banyak yang menyesal.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Banyak pakar kewangan atau blog pengurusan kewangan yang mengetengahkan idea ini. Jika inginkan sesuatu yang tidak dirancang, tuliskan dahulu ke dalam satu senarai. Seboleh, bolehnya biarlah senarai ini fizikal, sama ada pada sekeping kad, sehelai kertas, atau mungking juga sebagai memo di daam telefon pintar. Yang penting, senarai ini mudah dilihat setiap hari. Senarai ini bertindak seolah waiting list bagi barangan yang akan dibeli. Jangan lupa catatkan tarikhnya sekali.

Setiap hari tatap senanrai ini dan tanya diri anda sendiri, sama ada anda betul - betul perlu kepada barang ini. Setiap hari, sehingga 30 hari. Secara peribadi saya syorkan anda panjangkan tempoh itu kepada 44 hari. Kenapa?

Bagi Rakyat Malaysia yang makna gaji, lazimnya gaji diterima setiap hujung bulan. Keinginnan sebegini pula memang selalu muncul pada masa kita menerima duit gaji, ketika duit tengah banyak. Jika kita tunggu 30 hari kemudian, gaji setrusnya pula yang akan masuk, dan keputusan kita mungkin terpengaruh kerana itu. Jadi, kita panjangkan sehingga 44 hari, iaitu sehingga tengah bulan berikutnya. Mungkin pemikiran kita lebih fokus untuk membuat keputusan.

Sekiranya selepas tarikh itu, kita masih mempunyai keinginan untuk membeli barang itu, teruskanlah hasrat itu. Saya yakin sekiranya barang itu tidak begitu penting menjelang minggu kedua ia di dalam senarai tadi, kita telah hilang minat atau lupa kepadanya.

Selamat mencuba.

Ahad, 23 Ogos 2015

"Kenapa vs Bagaimana" hendak hidup senang?

Bagaimana hendak hidup senang / kaya / mewah

Langkah pertama;

Alangkah mudahnya kalau ada panduan langkah demi langkah untuk menjadi kaya, mewah, banyak duit atau jutawan.

Apa yang perlu kita lakukan hanya ikut sahaja kaedah - kaedah yang siap tertulis dalam bentuk step by step atupun setidaknya bullet point.

Maka berdoyon - doyon lah jutawan akan lahir di Malaysia ini.

Percayalah tiada satu formula untuk kaya atau hidup senang apatah lagi untuk menjadi jutawan yang bersifat general. Tidak ada resepi mutlak untuk menambah pendapatan yang boleh dan sesuai digunakan oleh semua orang, sama ada dalam masa yang singkat atau lambat.

Dengan penuh rasa yakin, saya kata tidak ada.

Jika ada, tolong kongsikan bersama agar semua rakyat Malaysia yang celik huruf dan boleh membaca panduan itu mampu menjadi jutawan. Kita jadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang dipenuhi multi-millionaire

Tiada.

Kenapa tidak begitu?

Sebabnya mudah. Kita semua berbeza. Setiap manusia unik. Latar belakang kita berbeza, cabaran hidup kita berlainan, motivasi kita tidak sama. Tapi mungkin kita berkongsi satu soalan yang sama;

"Bagaimana nak jadi kaya?" 

 Bagaimana hendak jadi kaya atau kenapa hendak jadi kaya?

Adakah kita nampak akan perbezaan kepada dua soalan ini? Betul.
  1. Soalan yang pertama menumpukan kepada cara, methods, atau kaedah bagaimana hendak kaya. 
  2. Soalan kedua pula fokusnya kepada sebab, the why, reason atau motivasi kita kenapa hendak kaya.
Kalau kaedah yang menjadi persoalan, bukankah ia sentiasa berubah - rubah? Cara untuk mendapat duit yang banyak 100 tahun dahulu sama sekali tidak serupa dengan kaedah yang efektif buat masa sekarang.

Kalau lima ekar ladang sawit mampu membuat seorang rakyat Malaysia hidup senang menerima pulangan setiap bulan, adakah liwa ekar ladang sawit di Kutub Utara boleh membuatkan pemiliknya senyum?

Kita ambil situasi tiga orang sahabat.

Si A menceburi bidang import eksport, kerana datang dari keluarga peniaga kedai runcit. setelah 10 tahun berhempas pulas akhirnya Si A tadi mampu mencapai status Jutawan. Si B pula datang dari keluarga petani. Malagnya, Si B tidak berminat dalam bidang pertanian kerana melihat susah payah orang tuanya membanting tulang. Tetapi Si B belajar bersungguh - sungguh dalam bidang kedoktoran sehingga menjadi pakar dalam satu cabang perubatan. Individu seumpama Si B boleh dikira dengan jari di Malaysia. Dalam sepuluh tahun itu juga B bergelar jutawan.

Lain sekali dengan Si C. Berlatar belakangkan keluarga yang kucar kacir, dan membesar dalam keadaan yang salah memilih kawan, Si C tidak belajar tinggi. Dalam usia remaja lagi telah masak dengan kancah kongsi gelap, peras ugut dan pelbagai jenayah lagi. Walaupun sahabatnya sepuluh tahun dahulu sudah bergelar jutawan, Si C masih mencuri untuk membeli sepinggan nasi.

Sehinggalah, Si C merompak kedai emas. Rompakan besar - besaran. Melebihi sejuta nilainya.

Jadi sekarang, A, B, dan C masing - masing ialah jutawan. Cara mereka berbeza bukan?

Kesimpulannya, cara untuk kaya atau senang itu banyak. Yang halal, yang haram, yang syubahah dan yang berkat. Kita pilih sendiri ikut pertimbangan sendiri, dengan menanggung akibatnya sendiri.

"The Why" a.k.a kenapa hendak hidup senang.

Saya mohon kita kaji dialog di bawah, yang mungkin dialog dalam diri kita sendiri.

Contoh Situasi:
A: "Aku hendak kahwin"
B: "Aku hendak kahwin dengan Milah, anak Lebai Kudin, Taman Maju, sebelum tahun depan"

Kedua - duanya mempunyai keinginan yang sama, iaitu ingin berumah tangga (walaupun mungkin dengan orang yang berbeza), tapi siapakah yang akan lebih dahulu menjabat tangan wali dengan lafaz akad?

Dalam contoh sekarang, cara langsung tidak dibincangkan. Bagaimana A atau B hendak mengumpul duit tidak kita utamakan. Tumpuan kita adalah pada keinginan A dan B. Walaupun sama, kita dapat lihat keingin B lebih kuat dan specific. A mungkin menabung, mecari kerja part-time untuk berkahwin, tapi sedangkan calonpun belum ada betapa bersungguhkah dia mengumpul?

Bandingkan pula B yang sudah ada calon, dan ada pula datelinenya. 

Banyak pakar motivasi mementingkan tujuan berbanding cara. Keyakinan kita kepada tujuan atau kenapa kita inginkan sesuatu akan membuatkan kita bertemu dengan cara yang sebelum ini tidak pernah terlintas sebelum ini.

"Begin with the end in mind". Biasa dengar?

Kalau ditanya kepada kita sekarang, kenapa hendak jadi kaya, apa jawapan kita?

  1. "Sebab nak hidup mewah/senanglah" 
  2. "Sebab nak pakai kereta besar"
  3. "Sebab tak nak hidup susah dah"
  4. "Sebab nak rumah besar"
  5. "Sebab tak nak berhutang lagi"
Bukan setakat lima sahaja jawapanya... betul? Saya pula pernah terdengar jawapan yang sebegini :
"Saya mahu kaya supaya setiap kali bangun pagi saya tidak perlu risau kerana saya tahu keperluan saya akan cukup pada hari ini, isteri boleh menyediakan sarapan sebaiknya kerana tidak perlu tergopoh gapah ke mana-mana. Anak mampu dihantar ke sekolah dan dijemput pulang tepat pada masanya. Saya tidak perlu risau panggilan dari bos kerana sayalah bos. Bila anak ada dirumah, saya ada dirumah. Bila kawan - kawan ajak berjumpa, saya sentiasa ada masa, bebas ke masjid bila - bila masa. Dapat solat setiap awal waktu tanpa ada pekara yang menangghkannya."
 Macam mana kita?

Sudah dapatkah sebab untuk kita kaya?

Ahad, 9 Ogos 2015

Meluaskan rezeki dengan meluaskan takrif rezeki.

Bila sebut rezeki, kita akan ingat kepada duit, akaun simpanan, kereta, dll...

Rezeki material dan rezeki bukan material.

Tidak dapat lari, kita sering mengaitkan rezeki dengan sesuatu yang kita boleh pegang, sesuatu yang kita boleh tayang, atau dengan bahasa mudahnya, sesuatu yang material.

Bolehkah kita hidup tanpa duit? Aku sendiri tak yakin untuk jawab boleh. Mungkin ramai diluar sana yang berpendapat tak boleh. Aku setuju.

Walaupun begitu, dalam banyak keadaan, kita sendiri telah membuktikan pada diri sendiri, kita takkan mati serta merta bila sesen pun tiada dalam poket, betul? 

Jadi, tanpa apa yang kita tak boleh hidup? Betul. NYAWA.

Saat hilang nyawa, saat itu juga kita akan mati. Jadi bukankah itu rezeki paling asas?

Kalau kita berada dalam mindset ini, bukankah semua keperluan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit itu rezeki? 

Kesihatan, waktu, zuriat, pasangan, kasih sayang, dan begitulah seterusnya senarai yang lebih panjang. 

Perbezaan antara mencari rezeki dan menjemput rezeki

Aku tidak mahu bercerita panjang, kerana aku sendiri sedang berusaha menerapkan konsep ini dalam minda jahil kelas ke-3 aku ini. Sebenarnya konsep menjemput dan mencari ini aku perolehi dari sebuah buku, Mudahnya Menjemput Rezeki (a.k.a MMR) karangan Fathuri Salehuddin.

Isi kandungannya biarlah kekal di dalam buku itu tanpa aku ceritakan panjang lebar di sini. 

Cuma aku akan kongsikan konsepnya mengikut fahaman aku sendiri setelah mebaca buku itu.

Rata - rata manusia, termasuk aku, seumur hidupnya selama ini berhempas pulas mencari rezeki agar lebih banyak, lebih mewah, lebih melimpah ruah.

Sebahagian yang lain pula mencari rezeki agr lebih berkat, lebih halal, dan lebih diredhai.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, betul?

Bagaimana pula kalau aku katakan ada sekelumit manusia tak perlu berjerih perih memecahkan ruyung? Sekadar tepuk - tepuk ruyungnya sahaja meleleh keluar sagunya. 

Mahu begitu?

Ilmu adalah rezeki paling bermakna.

Pendapat peribadi aku. Menyokong atau tidak kenyataan ini, terpulanglah kepada pembaca sekalian. Pada aku, ilmu dunia atau ilmu akhirat punya kepentingan masing - masing. Ilmu ialah asas kepada wang, asas kepada ibadah, asas kepada kesihatan dan asas kepada kesihatan.

Maka, mengikut pendapat aku, ilmulah akar kepada segala rezeki.

Dan apa pula ilmu tanpa amal?

Kalau tak tahu jawapannya bolehlah google.

Luaskan takrif rezeki untuk luaskan rezeki.

Inilah seharusnya menjadi priority atau keutamaan kita. Memahami takrif dan konsep rezeki dengan lebih luas. Kalau boleh sehingga dapat parking dekat bila dalam keadaan orang ramai bersesak sesak ke tesco pun, kita takkan cakap lucky, kita takkan sebut nasib baik. Sebaliknya kita akan cakap, Alhamdulillah, rezeki

Indah kan?

Sesuatu yang belum aku kecapi, insyaallah kita usaha bersama.


Ahad, 26 Julai 2015

Teknik menabung: Kumpul RM 5

Kepentingan Menabung:

Bukan untuk kanak - kanak sahaja.

Semua orang tahu kepentingan menabung, untuk kecemasan, untuk pelaburan , bla... bla.. bla..
Itu semua kita tak peduli, sebab kita memang dah sedia tahu

menabung=bagus

Masalahnya sekarang, teknik menabung yang betul tu tak de. Selain dari pay yourself first, ada banyak lagi teknik menabung yang lebih simple dan mekanikal. Kenapa aku cakap mekanikal? anda akan faham kalau baca habis.

Teknik menabung kanak - kanak

Dari kecil kita diajar, ada lebih belanja sekolah masuk dalam tabung. Dapat duit raya, masuk dalam Tabung Haji. Bagus amalan ni, sapa kata tak bagus?

Tapi perasan tak jika konsep itu dibawa sehingga dewasa, ia akan mendatangkan sedikit masalah. Sikit je. Keyword disini ialah LEBIH. Tunggu lebih baru masuk dalam tabung, kalau dah dewasa tunggu hujung bulan baru nak simpan, betul ke hujung bulan ada duit?

Disinilah budaya menabung untuk kanak - kanak tu boleh diubah kepada yang lebih efektif. Contohnya kalau memberi belanja sebelum ke sekolah, jangan tunggu balik sekolah baru nak masuk tabung. Sebelum bertolak ke sekolah lagi, masukkan ke dalam tabung. Untuk tujuan ini, sediakanlah syiling yang lebih sikit. 

Contohnya kalau biasanya bagi anak belanja RM 2.00, lebihkanlah RM 2.20 syiling tu untuk masukkan dalam tabung.

Teknik menabung ikut note

Orang dewasa serupa juga. Kita seluk poket, ambil syiling, masuk tabung. Hujung bulan korek tabung. Sebenarnya ada lagi teknik yang lebih menarik.

Sebagai contoh seorang kawan aku, Azizi namanya. Azizi ni tabiatnya suka belanja member. Satu hari macam biasa Azizi ni open table belanja kawan kawan, termasuk aku. Aku pula kebetulan hari tu tumpang kereta dia. Nak dijadikan cerita, bila dah selesai bayar dan masuk kereta dia buka dashboard dan bawa keluar seikat (memang dalam keadaan berikat getah) duit RM1. Duit baki yang dia bayar tadi, mana note RM1 semua dia masukkan dalam bundle tadi

Aku tanya.

Dia jawab. Aku memang tak pakai duit note RM1. Aku simpan. 

Abis tu kau buat apa bila dah banyak? Aku mudahkan jawapan dia dalam bentuk yang senang dibaca:

  • Buat duit raya, tak payah tukar kat bank.
  • Buat sedakah kat tabung-tabung derma.
  • Kalau dah tebal sangat, bank in je.
Aku ingat azizi seorang je yang buat macam tu. Rupanya ada lagi. Satu masa tu aku baca kat blog mana tah. Saudara kita sorang ni kerjanya pembantu tadbir, tapi teringin nak ada dinar emas. Jadi dikumpulnyalah seringgit sehari.... dan bila cukup dibawanya duit RM1 sekeping - sekeping buat beli emas! Aku kagum.

Pilihlah note yang sesuai dengan kemampuan dan citarasa korang. Antara yang aku syorkan;
  1. Biarlah note tu tak terlampau besar, kalau korang tiba2 nak kumpul note RM100 payah cerita jugak. Entah bila note RM100.00 tu nak melintas satu hal. Kalau dah dapat pulak, mau berlapar dua tiga hari nak simpankan note tu.
  2. Biarlah note yang jarang - jarang diterima, tapi bila terima, boleh terus simpan. Contohnya RM 5, RM 20. Tapi satu peringatan, Cash Deposit Machine tak terima note RM5. So kalau simpan yang tu, masa nak bak in tu kena ke kaunterlah.
  3. Kalau nak lagi rajin, kena ada target. Bila ada kehendak sesuatu, maka, mood unutk mengumpul tu lebih meriah, lebih bermotivasi.

Teknik Swear Jar

 Malas, menabung? Terasa sayang duit? Ada tabiat buruk? Bagus! Pakai teknik ini, teknik negatif sebenarnya, tapi bagus untuk menyedarkan kita menabung itu boleh membuatkan kita rasa kaya.

Senang je, sediakan satu tabung, tiap kali kita buat tabiat buruk tu, masukkan duit dalam tabung. Kalau tabiat tu tak berkurang, duit kita yang banyak. Kalau duit kita yang tak banyak, tabiat tu yang berkurang.

Ada rugi? Tak de.

Yang penting dalam menabung ialah displin.

Tak kesah apa orang nak kata, tak kesah apa nak jadi. Budayakanlah tabiat menabung ini. Pakailah teknik apa pun, kalau tak de displin, tak jadi, BETUL?

Salah.

Biar tiada displin pada permualaan, tapi sikap tak putus asa tu yang penting, kalau dah cantik pat minggu menabung, ter---pecahkan pulak tabung tu, jangan risau. Mula semula.

Kalau dah berbulan bulan menabung, miss empat bulan,

Jangan risau... mula semula.

Yang penting, buat.

Ahad, 19 Julai 2015

Tambah Pendapatan Dari Rumah

Mencari Pendapatan Sampingan

Ok. Ramai yang nak tambah duit kerana gaji tak cukup, nak ubah kehidupan, nak merasa hidup mewah sikit. Itu semua normal, keinginan kita semua untuk menikmati hidup yang lebih senang. Bagi seorang anak, mungkin nak merasa bagi duit kepada mak bapak, bagi si suami mungkin nak merasa bagi isteri hidup senna sikit, bagi si isteri mungkin hendak tolong ringankan beban si suami.

Semua tak salah, lagi kuat the why factor atau kenapa anda ingin berjaya, samakin bagus dan semakin cerah peluang anda untuk berjaya. Setiap keinginan yang disusuli usaha yang kuat dan gigih biasanya berhasil. Kalau gagal, jangan salahkan sesiapa, itu mungkin bukan rezeki anda, berusaha sampai berjaya. Sentiasa ingat ramai yang menempuh belbagai dugaan, kegagalan sebelum mereka berada di tempat mereka sekarang.

Kalau anda sudah ada projek yang sedang diusahakan, bagus. Teruskan. Dalami lagi ilmu berkaitan apa yang anda kerjakan. Jangan malu bertanya, menuntut ilmu, dan yang poaling penting jangan takut untuk keluar modal. Tak semestinya wang ringgit, masa juga modal, ilmu juga modal. Sentiasa pastikan kita melakukan sesuatu setiap hari yang boleh mendekatkan kita dengan cita cita kita.

Tidak semua orang berjaya dengan cara yang sama. Tugas kita inalah mencari cara yang sesuai dan rasi dengan kita.


Bagi yang belum ada idea, boleh google dan kaji teknik atau apa sahaja usaha mereka yang telahpun berjaya dalam mendapatkan side income di Malaysia. Bagi yang malas nak google, saya senaraikan beberapa idea untuk anda dan link kepada ebook yang berkaitan. mana tahu ada diantaranya yang anda memang telah mahir atau merupakan minat anda.;

  1. Berniaga tudung dari rumah. (link)
  2. Tukar minat memasak cupcake kepada bisnes yang menguntungkan. (link)
  3. Menjadi broker hartanah secara part time.(link)
  4. Menjual baju kurung secara home based.(link 1)(link 2)
  5. Jual air (jangan terkejut margin untungnya). (link)
  6. Bisnes Banner & Printing. (link 1) (link 2)
  7. Jual kuih musim Raya. (link)
  8. Bisnes Burger. (link)
  9. Jual Pau. (link)
  10. Buka gym sendiri kecil - kecilan. (link)
Pasti ada satu yang sesuai untuk kita semua!

Ahad, 12 Julai 2015

Kenapa membuat senarai barangan yang hendak dibeli itu penting?

The shopping list

Betul ke senarai membeli belah itu penting?

Kalau ditanya kepada sesiapa pun, semua orang akan bersetuju dengan kenyataan "memiliki shopping list" itu penting. Betulkah begitu?

Kalau betul, kenapa ramai yang tak buat?

Kesimpulannya ramai yang setuju pasal biasa dengar kenyataan ini, biasa baca dari blog atau buku pengurusan kewangan, buat shopping list  sebelum keluar membeli belah.

Tapi ramai yang tak buat. Sebab kita tak yakin dengan keberkesanannya, dan kita tak pernah merasa kesan shopping list ini untuk perbelanjaan seharian. 

Yang paling teruk, kita sebenarnya tak nak buat sebab kita takut. Takut barang bukan keperluan yang selalu kita beli asyik muncul dalam senarai tersebut. Terus membaca, saya ada contohnya.

Contoh paling ketara pekara bukan keperluan yang selalu muncul dalam senarai perbelanjaan.

Katakanlah, kita seorang yang berdislin dan menyenaraikan setiap pembelian yang kita lakukan pada setiap hari. Tak kisahlah walau kita belum mampu mengawal perbelanjaan pun, tapi anggaplah kita mampu menulis untuk apa duit keluar setiap hari.

Dan dihujung bulan kita menghadap 30 keping kertas perbelanjaan kita setiap hari.

Daripada 30 helai itu, berapa helai yang tercatit susu atau lampin anak?

Berapa kali pula tercatat kita keluarkan duit untuk beli ikan, ayam, dan barang dapur lain?

Adakah rokok muncul dalam kesemua 30 helai kertas itu?, atau separuh daripadanya.

Sebab itu kita tak nak catit. Sebab kita takut nak mengakui apa item yang paling kerap mucul.

Terasa?

Sayapun. sebab saya masih berstatus perokok tegar.

Siapkanlah shopping list sebelum keluar dari rumah.

Ada yang suka membeli belah dengan banyak dengan kekerapan sebulan sekali.
Ada yang membeli secara sedikit - sedikit secara harian.
Ada yang suka setiap minggu.
Bergantung kepada kemampuan masing masing.
Asalkan sebelum keluar membeli anda sudah ada senarai, ianya tidak menjadi masalah.
Kalau tidak ada list, kemungkinan besar situasi berikut terjadi;

Ayang : Bang, jom pergi Tesco jap, nak beli pampers dengan kicap.
Abang : Jom ... (mencapai kunci kereta)

Ralf Roletschek [GFDL (http://www.gnu.org/copyleft/fdl.html) or CC BY 3.0 (http://creativecommons.org/licenses/by/3.0)], via Wikimedia Commons
Balik dari shopping, pampers letak dalam bilik, kicap letak di dapur, si suami dan si isteri bersama anak tadi seronok diruang tamu tengah belek iPhone yang baru beli tadi. Pasal apa beli? pasal dapat free casing + free tampered glass + free top up RM 30.

Apa yang terjadi?

Pembelian yang tidak dirancang.

Mungkin cotoh tadi extreme, tapi tapi tak mustahil kan kalau niat nak pergi beli dua barang, tapi bila balik rumah penuh bonet, atau penuh raga motor. Saya tak perlu hurai, kita semua pernah rasa.

Jadi, siapkalah shopping list. Mandatori.

Tak susah pun, sambil isteri sibuk tenyeh make-up, sambil dia sibuk belit tudung, atau sambil sibuk salin baju dan lampin anak, ambil kertas, tulis. Saya cadangkan ambil kertas A4 (sebabnya saya akan bagitahu kemudian). Tak sampai lima minit.

Takut terlupa ada barang yang tak ditulis? Jangan risau. kalau anda tak ingat semasa dirumah lagi, maknanya benda itu tak sepenting mana.

Ada list? baru bertolak.

Pembelian tidak dirancang: versi kanak kanak.

Ini masalah yang biasa untuk yang berkeluarga. Kanak - kanak kurang faham konsep duit, tak perlu marahkan mereka. Kita boleh mendidik, tapi untuk anak - anak faham dengan didikan tadi, ambil masa. Maka, bersabarlah.

Masukkan budget tidak terancang tadi. Contohnya, +RM5 untuk anak, atau +RM10, ikut kemampuan. Tapi ada budget, letakkan had. Pujuk untuk mereka tak melebihi had.

Kalau anak kita hendakkan sesuatu yang mahal melebihi had, pujuk dan tawarkan sesuatu yang di dalam peruntukan kita. Lebih mudah begitu daripada memujuk tanpa membalikan apa - apa lansung.

Kenapa list tadi perlu di atas kertas A4?

Tujuannya supaya list tadi mudah disimpan, contohnya difailakan. Lebih elok jika keras A4 tadi ditampalkan pula resit diatasnya. Tak perlulah analisa yang teperinci dihujung bulan, sekadar membelek 30 keping kertas ini untuk sebulan banyak maklumat kita boleh dapat, seperti.
  • Barangan tertentu di mana lebih murah?
  • Barang tertentu bulan berapa lebih murah?
  • Barangan apa yang selalu kita beli, tapi selalu juga kita nampak expired di dapur?
  • Beli pek besar atau pek lebih kecil, mana satu yang lebih untuk.
Biasakan diri sehingga tahap kalau kawan - kawan tanya barang apa, semuanya anda boleh agak berapa harganya.

 TIPS: Resit selalunya akan pudar bila disimpan lama, fotostat, scan dan print balik, trace balik dengan pen. Kalau rajin.

 TIPS: Permulaan untuk membiasakan habit ini agak susah, mulakan dengan menyimpan resit, lama - kelamaan ia akan menjadi tabiat dan kita akan mula rajin buat list.

 TIPS: Sesetengah barangan boleh mendapat pelepasan cukai. Simpan resitnya.

Selamat Mencuba.