Penafian

http://buku-saku-aku.blogspot.com/ Terms And Conditions Of Use

All content provided on this "http://buku-saku-aku.blogspot.com/" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of http://buku-saku-aku.blogspot.com/ will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Ahad, 28 Jun 2015

Bayar diri sendiri, sebelum bayar orang lain.

Pay Yourself First, kata orang puteh.

Dari mana datangnya duit kita?

Cukup bulan dapat gaji.

Bagi yang makan gajilah. Cukup bulan, biasanya sekitar 25 haribulan, atau setengah bulan (bagi yang gaji dua kali sebulan), boleh dah mencongak - congak berapa ada dalam akaun bank. Bukankah kita dah bertungkus lumus (kalau tak mengulat la kan...) bekerja selama sebulan untuk mendapatkan sejumlah duit itu? Jadi duit itu tentulah duit kita.

Kita yang kerja, kita yang rasa, betul?

Salah. (Kalau anda kata betul, tahniah!)

Mengambil contoh diri sendiri, aku yang kerja, bank dulu yang rasa.
Lepas tu kompeni telepon pulak yang rasa,
Lepas tu TNB pulak rasa
Lepas tu air pulak,
Belum kira untuk orang minyak lagi.
Baru mak bapak aku,
Baru bini, baru anak.
Yang tinggal kat aku? Aku rasa korang pun tahu.

Yang bisnes sendiri pun sama la jugak. Bezanya interval duit tu masuk je yang berbeza.


Persoalan asasnya sama, sapa yang dibayar dahulu?

Dapat duit simpan untuk diri sendiri dahulu.

Ini yang aku cuba amalkan, buat permulaan.

Aku sebenarnya pernah buat, tapi mungkin kerana cita -cita tu besar sangat, kelaut juga penyudahnya.
Korek balik bila sesak. Mungkin aku boleh kongsi post moterm apa yang aku buat dulu.

Dulu;
  1. Dapat gaji je, aku pun beratur la depan ATM sebagaimana insan lain... cewah.
  2. Masa ni dah insaf dah, tak nak bayar bil dulu. Aku transfer la sejumlah Ringgit Malaysia ke dalam akaun Tabung Haji, yang memang aku linkkan dengan akaun bank tadi. (bahaya link ni, nanti aku cerita kenapa.)
  3. Okey senyum puas hati, sebab tengok baki Tabung Haji.
  4. Bayar bil
  5. Wtihdraw untuk belanja.
  6. Habis minggu pertama.
  7. Withdraw lagi untuk minggu kedua.
  8. Masuk minggu ketiga, Insufficient Fund.
  9. Kat sini la bahayanya link tadi. Senang nak masuk, senang jugak la nak korek balik.
Masalah aku masa ni aku rasa la... yang pertamanya jumlah yang tak realistik bagi diri sendiri. Aku sumbat 25% daripada gaji masa tu. Yang kedua, sebab aku buat secara manual pemindahan duit tu.

Simpan 25% daripada pendapatan

Bagi diri aku, ini adalah target aku. Walaupun aku tahu ramai otai - otai diluar sana simpan lebih separuh gaji setiap bulan pun ada.

Target yang belum mampu aku capai buat masa ini.

Action Plan Aku.

  1. Automatikkan simpanan melalui potongan gaji. Sebabnya bila kita tak nampak pergerakan duit tu, diharapkan kita senanglah lupa berapa baki dalam tu.
  2. Aku akan mula dengan kuantiti lebih rasional bagi aku, mungkin 5% dulu, kemudian kalau aku tak usik selama tiga bulan, aku akan naikkan 5% lagi.
  3. Kalau tiga bulan berikutnya gagal, aku akan kurangkan 2%, dan review balik setelah tiga bulan. Hingga capai target yang aku selesa.
  4. Doakan aku berjaya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan